Jemputan wedding ayieh and Ijan (bac boys)

Salam and hi to all,

Jemputan ikhlas dari ayieh dan ijan bakal pengantin lelaki kepada semua beloved baa.
Akan ada konvoi to their wedding. Sesiapa yang nak join sila roger (sms) sesiapa yang berada di sekitar ampang KL ok.

Wedding ayieh - belah girl 19 december 2009 (saturday) kat belakang pasar gombak sahaja.
Wedding ijan - 26 december 2009 (saturday) kat jalan kolam air , masuk simpang sebelah sek. maktab kolej abu bakar. k

Jemput ramai-ramai hadir memeriahkan hari bahagia raja sehari rakan kita k.
Salam

 
 

ntah apa jadi dengan semua orang, hilang dan menyepikan dirikah korang semua

pergh, asik terbaca jerit fakh yang suruh update plis, dia sendiri tak nak tolong hupdate
maka aku yang teramat sibuk gila baban ini mencuri sedikit masa tuk membuat sedikit coretan.
wah dah lepas syawal kita ye. Salam syawal buat semua, maaflah tak de sms mahupun kad raya pada tahun ini, recession la katakan kita kene berjimat, praktikan apa kita belajar di kuktem dulu, eh ump skrng. paperless mission kita kan, maka ucapan ikhlas hari raya hanya di paparkan di laman virtual buku muka atau saitifiknya facebook. bagi yang tiada memang amat malang dan kesian kerana senantiasa tertinggal berita terkini rakan-rakan.

apa jadi dengan semua orang ye.
saya sendiri pun tidak tahu secara jelas, hanya dengan sepoi2x kentut cerita dari rakan-rakan.
yg sy tahu sy masih ditakuk consultant kununya bercita-cita untuk mendapatkan PE tapi pd masa yg sama sy berhajat untuk menjadi pensyarah kerana gajinya yg riban dan kerjanya yang bolehkan sy curi tulang senantiasa serta membeli honda jazz.

saudara fakh jugak masih di kompeninya yang banyak problem itu (dr cerita laman sesawangnya itu), beliau sangat sibuk dan menimba banyak pengalaman disana, pelbagai kerja bos, kerani dan kuli turut menjadi workscope beliau, kata beliaulah di dalam sesawangnya. ehm dengan cerita sudah menjadi tunangna orang, dengan kabar angin biasalah..mulut orang tak boleh ditutup..tut

dayah and ziana juga tetap di konsultant akibat tidak larat sudah bekerja tahap dewa panas di tapak pembinaan, akhirnya mengalah dan bersedia untuk menjadi seorang designer yang berkaliber dan mendapat ir dalam umurnya 28 tahun nanti, insyallah. Zaidi jugak adalah wargaegara malaysia yang tidak tahan panas hendaknya, akhirnya bertapa di tempat asalnya untuk bertarbiah kepada anak-anak agar tidak menjadi beliau yg tak tahan panas itu, dia mengajar dengan penuh dedikasi, semoga berjaya cikgu zaidi ( dulu bdk gurls paling suka ko pasal ko kuat angkat masonry, skrang sudah tidak kuat apa jadi)

sang faliq tenggiling tetap dedikasi berada di rantau semenanjung meninggalkan keluarganya nun jauh di kuching untuk berpanas di damansara ini. semakin itam tidak dinafikankan, tapi beliau sudah menjadi slim ekoran workout pada bulan puasa yang amat mulia itu. tahniah kerana menjadi smart seketika. seorang yang rajin dan sangat suka kepada tugasnya dan berkawan dengan foreigner dari bangla dan indonesia itu.

maha si mokh pula seorang paling sibuk di dunia sehingga tiada lagi kelibat beliau dalam google talk, melarikan diri ke apa? atau benar2x sibuk menguruskan syarikat keluarganya disamping meluangkan masa untuk mengulangkaji pelajaran masternya. erk, dengan citer sambung belajar cuma saya pun luper apa yang dibelajarnya. tapi tetap seorang pakar structure walaupun tidak perlu attend kelas, memang mempunyai skill yang tak dipunyai oleh mana-mana pelajar lain. Hanya dengan suntikan kerajinan tahap dewa beliau kununya akan layak menjadi best student ( inilah prediction rakan-rakan time belajar dulu) tapi beliau tetap maintain cam tu je kut..maintain attitude maksud ku. hehehe..

si loey ku yg paling cute di hati semua hehe ini lah paling best kerana dah dapat kete brand idaman aku iaitu Honda, haha dulu kununnya minat vios dan skrang dah curang ke honda plak, br kau tahu betapa bestnya kete tersebut. sangat merindui akan kelibat loey di bumi semenanjung ni, bila la ko mahu turun KL kasi belanja aku ini haha. masih lagi kerja sebagai pakar kualiti sirim standard iso dan apa-apa piawaian lain di tempat asalnya itulah. aku pun sudah lupe di mana ba..dah beli iphone dan beli kamera dan tukar handset, kuat sangat bershopping menjak-menjak bekerja ini, walhal aku kerja lama lagi dari ko. jeles aku ni.

lenny ada je kat tg pelepas tu bersama ratusan mat-mat foreigner kat pulau tu, kerja yang menyeramkan tapi sangat beruntung kerana menjadi bunga di kalangan mat-mat foreigner disana..kerja di pulau duit pun cam pulau lah kerana nak wat per belanja dok kat pulau takde apa yang boleh dibelanjakan, maka sesiapa nak trun tg pelepas sila-silalah untuk mengpow ms lenny, wei miss im not single, bilakah hendak membina masjid? haha

nana, atie, pja tetap utuh di tempat asalnya dan masih lagi maintain dengan job di konsultan dan majlis sabah apa ntah namanyanya itu. tapi pja adalah boss dia sana maka tak perlu riso akan orang bawahan lagi boleh memarahi mereka, semakin cun apabila bekerja kerana sudah mampu membeli segala jenis lipgloss mahupun bulu mata kegemaran pja dan bersolek2x je tangkap gambar kerjanya pastu upload buku muka, ooh pja memang suke bermakeup. sama perangai 2x 5 dengan si nana ni, makluman laman sesawang frensternya telah ditutup yang ada cuma buku mukanya yang aktif dengan komentar itu. Atie tetap maintain bersama keluarga terchenta dan orang baru yang hadir menyinarkan hidupnya yang gelap seketika itu. haha..

ehm siapa lagi yer, aha pasal member gomen, ibrahim, muaz, fendy, bob, sue, kawa dan siapa lagi yer ntah telah menjadi orang JKR dan ada yang JPS. Berbaik-baiklah dengan mereka kerana mereka inilah yang akan membantu anda dalam 10 tahun akan datang. Kalo kita nak jumpa pengarah merekalah pengarah JKR hoho. Kaki ampulah mereka bermula dari sekarang yer. Alamak kang lari plak mereka ini jika mengetahui niat apa kejadah rakan-rakan ini. Pasal scope of work gomen member aku tak dapat nak komen kerana korang satu pun tak pernah cerita apa korang wat kat sana, per projek mega korang jaga or tempat menarik korang lawat..kemut cerita agaknya..

Aydel tetap di overseas, memang suka dia duk sana, mencabar keimanan katanya dan mendidik jiwa menjadi yang lebih baik chewah. ye ke. harap-haraplah. selalu org duk luar ni jarang balik tapi ku lihat aydel ni setiap 2 bulan balik je dia ke malasyai, best sungguh keje. aku pun rs nak join keje sana, ehm ada keje kosong tak aydel, kalo ada bagitaulah yer. haha. Duitnya yang berkepuk itu juga telah dilaburkan beliau untuk membeli silatio merah yang telah ku temui itu hari. Thank you belanja aku dan matta makan steambot kak ieta yea..nanti kita lepak lagi yea.

Sebut pasal ta, ta pun keje di consultant, aku provoke suruh join team consultant awal-awal bukan apa senang nak discuss design antara colleges yang same age. Pergh murni sungguh cita-cita aku ini. Yerlah team design hanya ada aku, dayah, ziana & matta. Akan dibentuk satu kelab designer bekas-bekas BAA agar menjadi hustler semuanya, Insyallah kita mampu. Walaupun di consultant skrang ta telah ditetapkan di lokasi hutan di temerloh sbg RE sementara, backup yang dah berhenti kerja tu untuk projek kompleks sukan polis yang dah lah takde air sitenya mahupun saluran streamyx atau siaran TV, sungguh naif tempatnya. Sebab itulah tidak dapat lagi melayan buku muka atau yahoo messanger sewaktu kerja. kehkeh..

pasal yang lain-lain saya tak dapat nak komen secara nyata dan benar, kerana tidak pernah mengetahui gosip, kabar angin atau latah-latah pasal anda yang sebenarnya lah, saya tahu ada yang berniaga biz dengan rancaknya, ada yang maintain dengan job lamanya tapi secara terang info anda tidak terdapat dimana-mana laman sesawang atau sms rerakan or email gosip yang dilimpahkan selama ini dari saya atau sang mereka yang lain atau juga tidak pernah menjerit di shoutbox rakan-rakan lain.

dengan pesanan akhir, eratkanlah hubungan yang samar-samar ini, kalo rajin terus call je, kalo kemut sms jer, kalo tahap dewa email pun dah memadai. tapi tahap kronik anda shout sahaja di buku muka anda. pada yang tiada facebook apa kata anda mendaftar sekarang kerana ramai rakan-rakan kita yang sebenarnya rindukan anda semua yang dah menghilang itu. Anda yang hilang macamana pulak yea? Pikir-pikirkanlah, selalu beramal.

maafkan saya jika tersasul bahasa, salam syawal buat semua.

 
 

Posto Posto Posto


Ehem2... Assalamualaikum rerakan...

Aku nak share satu mende yg agak mengkagumkan pada taun 2009 ni...

13 ari bulan ari tu aku belek2 news paper kat cni, Gulf Times konon2nye nak cari iklan summer sale. Kat cni sale time summer n Ramadhan jer. Sales die besh. Time ni la poket aku slalu rabak bershopping.

Tp posting ni aku xmo la cite pasal sale. Cube nengok gamba kat atas tu...

Gamba time aku pegi so call "Pasar Malam" kat embassy kite. Front page tu. Gulf Times tu... Dengan sepontanye idong ku menjadi kembang dan mood aku pagi tu jadi besh. Yang peliknye aku pegi mlm tadi, pagi ni da kua paper. Kagum aku paper Qatar ni. Laju jek. Ape2 je la.

Kat Malaysia xpnah pon masuk front page paper, kat Qatar br TERmasuk. If x caye click link ni.

http://www.gulf-times.com/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=296786&version=1&template_id=57&parent_id=56


aYdELJurY melaporkan, Doha, Qatar. Hahahahha... =)

Cheers ~

 
 

SALAM - CADANGAN PIKNIK BBQ BAA KL SELANGOR

Salam Rakan-Rakan semua,

Secara tak sengaja saya telah tergerak hati untuk mengadakan satu piknik di Hutan Lipur Kanching Rawang selangor a.k.a bersebelahan tempat keje kakibakar kita a.k.a pendy yang ada kelebihan untuk beliau melompat ke tempat berkelah. Kakibakar secara automatik adalah Ajk survey tempat program tak sengaja ini.

Memandangkan tempat ini di Selangor jadi sorry kepada yang kejauhan, tapi kalo korang memang nak sangat join ktorang apa salahnyakan. Hanya perlu sms je kasi tau ok. Before the event or ASAP ok. Kita akan wat dari pagi then nak mandi sampai petang pun terpulanglah ok.

Berikut butir program:-

Tempat: Templer Park Rawang
Masa: Pagi - tak tahu lagi
Aktiviti: BBQ Makan Mandi BBQ Makan & Mandi lagi tetiba pi karoks ( idea fendy)
Menu: Segala jenis yang boleh dibakar ok

Progress setakat ini yang memberikan +ve adalah elliashah, hidayah, azriey_wa, Ziana + zia, ta and the geng in the house ( bob & Ayieh pun ajak join) + kaki bakar

Confirm tak bleh blah - fadli sbb jauh bangat seh katanya, faliq sebab OTnya kene submit every month susah mo lariakan diri, Mzhilman plak payoh nak cuti, Mr Muaz buat kat ganu dok leh ker..( hangguk mung dalam hati ku hehe jgn mare) - Korang semua banyak alasan largh.......

No feedback yet: - ceo di lelakibebaskencang, banjar si engineer, ramli the muse dan semestinya lelain yang sangat jauh orangnya seperti di kesabahan dan kesarawakan tidak dapatlah disms kerana tau jwp sterotaip anda. Mana boleh sampai sana bah semata-mata piknik. So tak usahlah aku waste my credit and sms ok.

Ok. see you all soon.

 
 

Sepi na juak tok.. hohohoho......

pa polah kinektok... ne kad jemputan lom sampe gik tok.....

hahahaha...........


bahaya na kinektok.. rilek jak orang mok mecah kreta orang lain.. mok curi kah apa... aku pun xtauk... apa2 jak lah.... bait2 takorg luar nun.. xda dak pencuri lalek.. depan2 org pun berani dah.. huhuh....

jaga kreta menar2 oi.. barang beharga iboh engkah dlm kreta..... mun x tapokkan.. nasib bait xda barang hilang kreta nya tok.... hohoho......

 
 

Siapa Dah Kenal Siapa-Siapa Dekat Sini? Abang Mohd Fauzi!

Dulu-dulu masa 1st year. Masa kau semua (dan aku) dalam mode menyampah lagi sebab dapat ump (masa tu muda. jangan nak chong kata tak menyampah), aku tak kenal sesiapa pun kecuali ex-mate dari tahun sifar universiti skudai. Dalam pada ramai-ramai tak kenal tu En yusairi boleh pula kumpul aku dan rakan-rakan tuk sesi semi-briefing (sesi buang masa sebenarnya sebab tiada apa lagi nak dibuat.)

Oh pada ketika ini jugalah aku ada ke tandas sebentar due to nature call dan ditahan muaz dan ajae sebabnya ajae cakap dia kenal aku. Kenal aku waktu tadika di tanah merah dulu. Peh. Agung juga orangnya ajae ni. Jae, aku ada lagi gambar tadika dulu. Kau yang mana a?

Moving on. Pada waktu itu, en yus ada cakap mula-mula sekali.


"Siapa ada kenal siapa-siapa dah dekat sini? Dah start kelaskan?"


Rebel punya fasal aku jerit,


"Abang Mohd Fauzi!"


Puncanya aku ingat nama poji? Sebab nama dia super unik bagi aku masa tu. Dan itulah first time jumpa orang sarawak. Mek memang kuno masa tu. Heh.

Aku nampak dari kejauhan (dah kata rebel. aku duduk belakangla bersama kakibakar dan muaz) poji tersipu-sipu macam biasa. Rupanya tulah nanti jadi trademark dia sampai kesudah.

Eheh.

Poji ni memang agung orangnya. Dari spend masa bersama dari 2year hingga tahun akhir, it is as if we're great buddies from our past life. Pada karma yang lalu aku panglima perang. Poji kuda yang setia penasihat yang setia.

Pergi lab lambat. Poji tunggu. Pergi kelas lambat. Poji tunggu. Pergi lab comp lambat. Poji pergi dulu chop comp sedap. Pergi makan lewat tengahari. Poji teman. Pergi meeting sukan yang boring dengan fazlida. Poji pun teman.

Aku rasa kalau boleh passing motion bersama pun kami dan kongsi mangkuk tandas tu.

Poji is a true friend that stays with his buddies till the end. Kau tak percaya? Kau tanya dia sebab apa dia boleh TERtinggal solat jumaat ada sekali tu. Ha. Sebab kawan dialah duk ralit main dota sampai terlewat ke masjid. Orang dah tahiyat akhir baru nak sampai. Ish ish. Kawan mana? Kawan dia yang bawa kelisa tu.

Apa-apa pun tak limited kepada event tu saja. Setiap kali hari ulang tahun kelahiran rakan sekelas, poji tak pernah miss organize event atau koman-koman wish birthday. Aku tau. Tiba time birthday dia haram tak ada apa. Ah tektik poji tu nak bagi marka-marka jatuh hati padanya. Ala, hero dalam drama swasta melayukan selalu macam tu.

Truth to be told. Poji is the best example of the famous yet cliche quote,


"A friend in need, is a friend indeed"


Selamat belated lahir Rekode. Jangan lupa janji kita buka puasa di mcdonald genting sempah (eh tapi perihal gaza macam mana?). Ikhlas dari kawanmu, Abu-Abu (maaf lewat. agak sibukla bang).





Expression emulating tulan man?

 
 

tajuk posting giler-giler ?

tajuk posting takde kene mengena dengan content.

sebenarnya aku berkira-kira nk wish poji hepi beday, tapi aku terlajak juak.
maaf yer poji, aku disini nak mengistiharkan hepi belated beday buat ko yg ke 24th.
dah tua kitak, nanti amek belanja biler kita jadi plan pi pulau ok, dalam projection 2 years lagi, pas aku abis kelas haha..

ok la. pada semua kengkawan, kerje elok-elok, recession kali ini memang lama dan agak teruk berbanding 1997, so berjimat cermatlah selagi boleh, kerja jujur dan ikhlas, tak de insentif pun takper asal ada kerjaya lagi. dan aku menyeru, cepat2x lah korang yg site engineer masuk jadi design engineer, sesamer wat design wei and kejar title IR tuk diri memasing.

Ok sesiapa nak wat luahan keramat dan wasiat memasing sila-silakanlah...

P/s - dah 24th ni xder siapa nak kawin dulu ker..ziaziana dulu ker atau tauke mudin dulu hehe..ntah2x lenny dulu huhu..chow

 
 

ape yangs sedang aku lakukan...?

askm...
ape khabar kekawan?.. sesaje jek aku menyibuk kan diri kat sini... arini 8/2/09 bersamaan ari AHAD... aku? kat tengah pulau!!.... ape kah makne weekend apabila kite kene keje?.. mmm... ader tak sape2 nak tumpangkan aku naik speed boat nih?... br jek blk UT test kat tgh laut.. seb baik tak mabuk laut aku naik tug boat tu and nasib baik jugak air laut tgh pasang.. so takyah aku nak jd tarzan sgt kene panjat tinggi... aarrgghhh!!!pegi jalan kat JUSCO gik seronot.... :(