ntah apa jadi dengan semua orang, hilang dan menyepikan dirikah korang semua

pergh, asik terbaca jerit fakh yang suruh update plis, dia sendiri tak nak tolong hupdate
maka aku yang teramat sibuk gila baban ini mencuri sedikit masa tuk membuat sedikit coretan.
wah dah lepas syawal kita ye. Salam syawal buat semua, maaflah tak de sms mahupun kad raya pada tahun ini, recession la katakan kita kene berjimat, praktikan apa kita belajar di kuktem dulu, eh ump skrng. paperless mission kita kan, maka ucapan ikhlas hari raya hanya di paparkan di laman virtual buku muka atau saitifiknya facebook. bagi yang tiada memang amat malang dan kesian kerana senantiasa tertinggal berita terkini rakan-rakan.

apa jadi dengan semua orang ye.
saya sendiri pun tidak tahu secara jelas, hanya dengan sepoi2x kentut cerita dari rakan-rakan.
yg sy tahu sy masih ditakuk consultant kununya bercita-cita untuk mendapatkan PE tapi pd masa yg sama sy berhajat untuk menjadi pensyarah kerana gajinya yg riban dan kerjanya yang bolehkan sy curi tulang senantiasa serta membeli honda jazz.

saudara fakh jugak masih di kompeninya yang banyak problem itu (dr cerita laman sesawangnya itu), beliau sangat sibuk dan menimba banyak pengalaman disana, pelbagai kerja bos, kerani dan kuli turut menjadi workscope beliau, kata beliaulah di dalam sesawangnya. ehm dengan cerita sudah menjadi tunangna orang, dengan kabar angin biasalah..mulut orang tak boleh ditutup..tut

dayah and ziana juga tetap di konsultant akibat tidak larat sudah bekerja tahap dewa panas di tapak pembinaan, akhirnya mengalah dan bersedia untuk menjadi seorang designer yang berkaliber dan mendapat ir dalam umurnya 28 tahun nanti, insyallah. Zaidi jugak adalah wargaegara malaysia yang tidak tahan panas hendaknya, akhirnya bertapa di tempat asalnya untuk bertarbiah kepada anak-anak agar tidak menjadi beliau yg tak tahan panas itu, dia mengajar dengan penuh dedikasi, semoga berjaya cikgu zaidi ( dulu bdk gurls paling suka ko pasal ko kuat angkat masonry, skrang sudah tidak kuat apa jadi)

sang faliq tenggiling tetap dedikasi berada di rantau semenanjung meninggalkan keluarganya nun jauh di kuching untuk berpanas di damansara ini. semakin itam tidak dinafikankan, tapi beliau sudah menjadi slim ekoran workout pada bulan puasa yang amat mulia itu. tahniah kerana menjadi smart seketika. seorang yang rajin dan sangat suka kepada tugasnya dan berkawan dengan foreigner dari bangla dan indonesia itu.

maha si mokh pula seorang paling sibuk di dunia sehingga tiada lagi kelibat beliau dalam google talk, melarikan diri ke apa? atau benar2x sibuk menguruskan syarikat keluarganya disamping meluangkan masa untuk mengulangkaji pelajaran masternya. erk, dengan citer sambung belajar cuma saya pun luper apa yang dibelajarnya. tapi tetap seorang pakar structure walaupun tidak perlu attend kelas, memang mempunyai skill yang tak dipunyai oleh mana-mana pelajar lain. Hanya dengan suntikan kerajinan tahap dewa beliau kununya akan layak menjadi best student ( inilah prediction rakan-rakan time belajar dulu) tapi beliau tetap maintain cam tu je kut..maintain attitude maksud ku. hehehe..

si loey ku yg paling cute di hati semua hehe ini lah paling best kerana dah dapat kete brand idaman aku iaitu Honda, haha dulu kununnya minat vios dan skrang dah curang ke honda plak, br kau tahu betapa bestnya kete tersebut. sangat merindui akan kelibat loey di bumi semenanjung ni, bila la ko mahu turun KL kasi belanja aku ini haha. masih lagi kerja sebagai pakar kualiti sirim standard iso dan apa-apa piawaian lain di tempat asalnya itulah. aku pun sudah lupe di mana ba..dah beli iphone dan beli kamera dan tukar handset, kuat sangat bershopping menjak-menjak bekerja ini, walhal aku kerja lama lagi dari ko. jeles aku ni.

lenny ada je kat tg pelepas tu bersama ratusan mat-mat foreigner kat pulau tu, kerja yang menyeramkan tapi sangat beruntung kerana menjadi bunga di kalangan mat-mat foreigner disana..kerja di pulau duit pun cam pulau lah kerana nak wat per belanja dok kat pulau takde apa yang boleh dibelanjakan, maka sesiapa nak trun tg pelepas sila-silalah untuk mengpow ms lenny, wei miss im not single, bilakah hendak membina masjid? haha

nana, atie, pja tetap utuh di tempat asalnya dan masih lagi maintain dengan job di konsultan dan majlis sabah apa ntah namanyanya itu. tapi pja adalah boss dia sana maka tak perlu riso akan orang bawahan lagi boleh memarahi mereka, semakin cun apabila bekerja kerana sudah mampu membeli segala jenis lipgloss mahupun bulu mata kegemaran pja dan bersolek2x je tangkap gambar kerjanya pastu upload buku muka, ooh pja memang suke bermakeup. sama perangai 2x 5 dengan si nana ni, makluman laman sesawang frensternya telah ditutup yang ada cuma buku mukanya yang aktif dengan komentar itu. Atie tetap maintain bersama keluarga terchenta dan orang baru yang hadir menyinarkan hidupnya yang gelap seketika itu. haha..

ehm siapa lagi yer, aha pasal member gomen, ibrahim, muaz, fendy, bob, sue, kawa dan siapa lagi yer ntah telah menjadi orang JKR dan ada yang JPS. Berbaik-baiklah dengan mereka kerana mereka inilah yang akan membantu anda dalam 10 tahun akan datang. Kalo kita nak jumpa pengarah merekalah pengarah JKR hoho. Kaki ampulah mereka bermula dari sekarang yer. Alamak kang lari plak mereka ini jika mengetahui niat apa kejadah rakan-rakan ini. Pasal scope of work gomen member aku tak dapat nak komen kerana korang satu pun tak pernah cerita apa korang wat kat sana, per projek mega korang jaga or tempat menarik korang lawat..kemut cerita agaknya..

Aydel tetap di overseas, memang suka dia duk sana, mencabar keimanan katanya dan mendidik jiwa menjadi yang lebih baik chewah. ye ke. harap-haraplah. selalu org duk luar ni jarang balik tapi ku lihat aydel ni setiap 2 bulan balik je dia ke malasyai, best sungguh keje. aku pun rs nak join keje sana, ehm ada keje kosong tak aydel, kalo ada bagitaulah yer. haha. Duitnya yang berkepuk itu juga telah dilaburkan beliau untuk membeli silatio merah yang telah ku temui itu hari. Thank you belanja aku dan matta makan steambot kak ieta yea..nanti kita lepak lagi yea.

Sebut pasal ta, ta pun keje di consultant, aku provoke suruh join team consultant awal-awal bukan apa senang nak discuss design antara colleges yang same age. Pergh murni sungguh cita-cita aku ini. Yerlah team design hanya ada aku, dayah, ziana & matta. Akan dibentuk satu kelab designer bekas-bekas BAA agar menjadi hustler semuanya, Insyallah kita mampu. Walaupun di consultant skrang ta telah ditetapkan di lokasi hutan di temerloh sbg RE sementara, backup yang dah berhenti kerja tu untuk projek kompleks sukan polis yang dah lah takde air sitenya mahupun saluran streamyx atau siaran TV, sungguh naif tempatnya. Sebab itulah tidak dapat lagi melayan buku muka atau yahoo messanger sewaktu kerja. kehkeh..

pasal yang lain-lain saya tak dapat nak komen secara nyata dan benar, kerana tidak pernah mengetahui gosip, kabar angin atau latah-latah pasal anda yang sebenarnya lah, saya tahu ada yang berniaga biz dengan rancaknya, ada yang maintain dengan job lamanya tapi secara terang info anda tidak terdapat dimana-mana laman sesawang atau sms rerakan or email gosip yang dilimpahkan selama ini dari saya atau sang mereka yang lain atau juga tidak pernah menjerit di shoutbox rakan-rakan lain.

dengan pesanan akhir, eratkanlah hubungan yang samar-samar ini, kalo rajin terus call je, kalo kemut sms jer, kalo tahap dewa email pun dah memadai. tapi tahap kronik anda shout sahaja di buku muka anda. pada yang tiada facebook apa kata anda mendaftar sekarang kerana ramai rakan-rakan kita yang sebenarnya rindukan anda semua yang dah menghilang itu. Anda yang hilang macamana pulak yea? Pikir-pikirkanlah, selalu beramal.

maafkan saya jika tersasul bahasa, salam syawal buat semua.

 
 
 
 

Post a Comment 13 comments:

ibrahim said...

wah perincian yang hebat.... tahnuah utk Haidar... salam aidilfitri juga utk c editor dan rakan2... keep in touch....

September 29, 2009 at 8:19 AM

elliashah said...

tqtq, separuh dari cerita adalah rekaaan fantasi aku semata-mata , ada bakat untuk jadi zubir wartawan hiburan ni cecita sampingan aku sejak kecik haha

September 29, 2009 at 12:40 PM

Kakibakar said...

woih...kaya2 la pok2 nih lonih..khejo sedak2 blako,pok2 jkr tu kalu ado sebutharga jkr oyak2 la kt aku weh,lesen ado doh nie..geram nk running projek plop..

September 29, 2009 at 9:54 PM

faRk said...

fakh sudah sah menjadi tunangan orang dan bakal mendirikan rumah tangga x lama lagi. Nak kad kawin sila emel alamat umah anda ke muhammad.fakhruddin@yahoo.com

kalo nak la...hehe

September 30, 2009 at 8:36 AM

kakibakar said...

molek doh nikoh awal2..dapat menyalurkan niat ke arah yang betul..haha.pesan 1 jer..klau berlayar jangan sampai lemas karam.k

October 1, 2009 at 11:38 AM

kakibakar said...

molek doh nikoh awal2..dapat menyalurkan niat ke arah yang betul..haha.pesan 1 jer..klau berlayar jangan sampai lemas karam.k

October 1, 2009 at 11:40 AM

Loey said...

Rasanya fark takkan berlayar. Dia akan mengayuh... XD

October 2, 2009 at 8:37 AM

aishameglio_chiara said...

ape2 jelah korang ni...

October 8, 2009 at 10:37 AM

lenny othman said...

thumbs up to haidar!!!.. neway kawan2.. baru jupe nizar dua hari lepas.. die pon dh balk base kat pasir gudang same dgn aydel... aku... im going back to pahang...dapat offer keje kat sane...small2 company... no more stay in johor/pulau.. to Ina.. sorry.. tak sempat jupe ko kt jb... keep in touch friends... ;)

October 23, 2009 at 1:03 PM

elliashah said...

lenny..apakah? balik ke kg semula..
actually since ina dah kerja nk wat trip ke singapore next year..jom lenny ..hehe
semua gurls dah keje yeah..cukup korum tuk berjalan before any of us get married k..
siapakah dulu ni?

October 25, 2009 at 5:30 PM

lenny othman said...

ok.. agreed.. aku dh sethn dok sini tak menyampai lg ker sane.. nk2!!... let me know eh...

October 26, 2009 at 3:26 PM

lenny othman said...

haidar.. dpt keje kat phg, balik le... next week start IAllah.. hopefully everything gonna be better.. :).. ameen....

October 26, 2009 at 3:32 PM

kakibakar said...

g pulau perhentian sudoh..kto pakak ramai2 jemor..

October 28, 2009 at 12:17 AM

Post a Comment