The Last Season of Prison Break

Drama popular 'Prison Break' akan ditamatkan

UNIVERSAL CITY, California 14 Jan. - Syarikat penyiaran, Fox TV tidak mempunyai pilihan terpaksa menamatkan siaran drama bersiri popular di Amerika Syarikat, Prison Break, selepas drama itu disiarkan selama empat musim.

Rangkaian televisyen itu, semalam berkata, drama tersebut yang dibintangi oleh Wentworth Miller dan Dominic Purcell akan memulakan siaran episod terakhirnya pada musim bunga ini.

Siri itu diberhentikan siarannya seketika pada musim Disember dan akan ditamatkan sebaik-baik episod terakhir disambung semula dengan kira-kira setengah dozen episod ditayangkan bermula 17 April ini.

Ia merupakan keputusan yang baik untuk Prison Break dan juga peminat-peminatnya, kata Presiden Fox Entertainment, Kevin Reilly.

Drama itu mengisahkan aksi suspen dua beradik yang menjadi banduan dan 'pengembaraan' kedua-dua beradik itu untuk menyelamatkan diri selepas diburu pihak berkuasa setelah berjaya melepaskan diri dari penjara.

Episod terakhir dijangka memaparkan penceritaan yang lebih menarik, lapor rangkaian penyiaran, Fox.

Dalam siri musim keempat ia mengisahkan Micheal Scofield (Wentworth Miller) bersama abang dan rakan-rakannya berusaha membongkar komplot sebuah kumpulan The Company yang menjadi perancang pembunuhan adik kepada Naib Presiden Amerika Syarikat yang menyebabkan mereka merengkok di dalam penjara.

Drama siri popular itu pernah dicalonkan dan memenangi beberapa anugerah seperti Golden Globe Awards Ke-63 (2006) bagi Drama Televisyen Bersiri Terbaik dan Aktor Terbaik (Wentworth Miller), Saturn Awards (2005) dan People's Choice Award (2005) bagi Drama Televisyen Terbaru Pilihan.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0115&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_13.htm

 
 

Epi beday to Kawa


Serius dah tua, dah masuk 24 years old.
Heppy beday to our friend, Azrina Hamid..
Ini adalah 1st aktiviti beday kita bersama-sama sekelas, tapi x semua ada..tapi its ok..
Semoga semua berjaya dalam kerjaya dan Hidup masing-masing. AMIN

 
 

Kota Kinabalu..

Jom bulan 5 ni ambiklah cuti kejap.. kita buat reunion dekat kk pulak.. buat jauh2 apa salahnya...
aku pun dah beli tiket nih..... 8-10/5. masa tu weekend so xder masalah sgt lah nak pegi.. lupa kjap dgn kerja tuh.. kita pergi enjoy dulu.

Skrang ni, mas dgn airasia mmg tgh ada promosi... mmg murah sgt.. jd xkisahlah nak pakai apa pun.... org kat kk. jgn lupa tarikh tu.. jangan pulak nak pegi tpt lain. aku dah beli tiket nih.. hahahha... nanti aku nak mintak tolong book hotel utk aku... haidar beli trus... jgn tunggu lagi....
aku tgk tiket murah pagi tadi trus rembat.. xda pk lain2.. hahah

 
 

HAPPY BIRTHDAY to BAIM!

Hepi befday ke-24!!
Moga selalu diberkati ALLAH.

p/s: psstt!jgn beli kek buah. coz confirm ada wine..(atau aku sorg jak yg xtau?hehe)

 
 

Friendster vs Facebook vs Myspace


Apa kata Anda???

Facebook vs friendster vs myspace...
yang mana lebih bagus, elok atau senang digunakan...
aku dah ada akaun untuk tiga2 web tp skrang ni aku selalu pakai facebook... sbnrnya byk lg yg aku join cthnya, hi5, fanbox, tagged, kawanster dll tp yg plg sll org pakai 3 ni jer lah..


bagi aku facebook banyak dah application yg best2, nak tgk update gambar or apa2 benda yg lain pun senang, ada tag gambar, update commnet utk gambar dan macam2 lg yg best

untuk frenster, bagi aku ok, tp nak tgk update ssh... kalau ada org komen kat gmbr kena view satu2.. malas nak cek....

for myspace. ok tapi x ramai org yg pakai.. and myspace sesuai utk golongan music... kalau nak tahu ttg band2 kat ctu banyak...

kalau tgk kat alexa pun nampak facebook mmg tgh meletup skrang, friendster pun dah jadi makin kurang...

huhu.. sapa2 yg ada akaun facebook.. addlah aku...