Belajar lagi ..lagi lagi belajar

Topik kita kali ini pasal study. Kenapa orang nak study sampai abis PHD? Well ada banyak sebab pertamanya orang itu rasa dia memang pandai dan dia saja yang layak further study jadi Dr. Ye ker. Kedua, sebab dia x suit dengan kerje dia sebab susah sangat kerje jadi engineer ni maka jadi lecturer lagi senang, boleh mengajar ikut kretiviti sendiri sahaja. Ketiga, sbb nak pergi jejak negara orang suka berjalan suka menikmati alam ini, dengan belajar tmpt orang dapat new culture meet new people mungkin bleh cari marka atau balak mat saleh a.k.a negro. Keempat, dapat offer dr univerisiti untuk further study in research di luar atau dalam negara. Keliman, ada yang nak sengaja susahkan diri pergi tambah ilmu dia kononnya nak jadi lebih berilmu dari orang-orang berilmu yang ada. Kenapa mesti nak pergi amik lagi higher level of education? Masih x cukup lagikah ilmu yang belajar time degree untuk mengajar kita jadi orang yang terror dalam bidang pekerjaan yang kita pilih dulu.

Jawapannya mudah sahaja, Kalo nak tahu kene tanya pada diri sendiri manakah minat dan kesungguhan kita dalam sesuatu bidang itu. Pada saya, pekerjaan yang kita buat tidak semestinya kita sukai dan cintai, tetapi sekurangnya kita haruslah jadikan kerje kita itu suatu yang boleh menggembirakan kita. Jika tidak ada life dalam kerje kita maka kita akan menempah satu tempoh masa yang membosankan dan menyampahkan buat diri sendiri. Alam pekerjaan adalah tempat kita mencurahkan segala keringat otak kita untuk pembangunan negara kita. Sepatutnya kita hendaklah bekerja dengan ikhlas, barulah segala usaha yang dibuat adalah berkat daripada Allah S.W.T

Belajar adalah mengejar ilmu, ilmu adalah anugerah yang berkat dari allah, dengan belajar kita juga lebih lagi menambahkan ibadat dan mengurangkan kita melakukan perkara yang lagha. Lebih lagi mengajar ilmu adalah perkara yang mulia. Jadi pada semua anda digalakkanlah belajar kerana mencari ilmu ni tiada hentinya. Semoga kita menjadi orang yang berilmu dan lebih berguna.

Dengar ada orang nak sambung belajar, sapa yerk? Semoga korang semua berjaya ok. Ada update jangan luper inform semua orang disini. AMIN.




 
 
 
 

Post a Comment 0 comments:

Post a Comment