Dhosa, Raymond Maxmarina, dan Nada Dering Monofinik!

*Trutt trutt*

cis tak polifonik langsung nada dering.

"aih, awat pelik sangat nombor ni. macam Dr Ahmad punya nombor. panggilan dari luar negara ni" getus hatiku.

Hello?

*bunyi pasir sikit* Hello bos.

Eh Raymond Maxmarina.

*bunyi pasir sikit* Hello bos.

Hello.

Hello bos ni simen nak taruh mana?

Haha. Raymond Maxmarina. Apa kabar?

Haha. Baik-baik. Kau cam suara aku ek bro. Dalam ramai-ramai aku call kau ingat.

Haha camla. Aku ada seorang ja kawan kerja di San Diego. Kau macam mana sihat?

Haha. Sihat-sihat. Sejuk sini. Suhu 5 degree bro.

Fuh. Pakai sweater ke? Tu bunyi angin tu apa? Kau tepi pantai ke?

Cih sweater apa. Sejuk betul ni. Ha sini biasalah angin laju. Salji je tak turun bro.


*selepas berborak perihal kerja, marka tempatan dan San Diego serta cerita Raymond Maxmarina sekarang layan Dosa saja*

senang-senang datangla sini bro.

ha. cantit perangai tu.

haha.

terharu siut kau call.

haha. kalau boleh semua kawan-kawan aku nak call ni bro.

heh.

eh okaylah. rindu dah terbalas dengan kawan-kawan.

hehe. okay Raymond Maxmarina.

heh. okay. Assalamualaikum.

Waalaikumsalam.


Memang sahabat paling tru. Dah kerja sampai ke San Diego pun call aku.

Bagai ular menyusur akar, tidakan hilang taring racunnya *sambil tangan didepa-depakan kedepan*


Fuh.

Matawang asing dalam bank negara asing mesti dah berkepuk-kepuk tu. Kau balik sini kita mesti pergi ke Kuala Terengganu gegar Fakh-yang-call-aku-bila-nak-bertanya-sahaja sambil pekena kopok gotang.

Oh Raymond Maxmarina tu Aydel Jury. Dia sekarang dah main pakai nama timangan ganas pula di sana. Cih. Nak test market marka Dubai pun tak payahla pakai nama kul habis. Nama din~ sudah.

Jangan marah Aydel =).

ps: line komunikasi tidak berapa baik. itu yang bersembang macam chatting pula kena cakap ayat full lepas tu sabar menunggu recipient cakap pula. janji aydel call aku. heh.

 
 
 
 

Post a Comment 3 comments:

elliashah said...

poyos ganas namer hahaha

December 23, 2008 at 10:56 PM

Zaini said...

elliashah kata "poyos ganas namer hahaha", dalam hati (wau! maskulinnya nama!)

December 24, 2008 at 4:37 AM

Mohd Aydel said...

AHHHAHA... siut tol....
=)

December 26, 2008 at 1:06 PM

Post a Comment