Siapa Dah Kenal Siapa-Siapa Dekat Sini? Abang Mohd Fauzi!

Dulu-dulu masa 1st year. Masa kau semua (dan aku) dalam mode menyampah lagi sebab dapat ump (masa tu muda. jangan nak chong kata tak menyampah), aku tak kenal sesiapa pun kecuali ex-mate dari tahun sifar universiti skudai. Dalam pada ramai-ramai tak kenal tu En yusairi boleh pula kumpul aku dan rakan-rakan tuk sesi semi-briefing (sesi buang masa sebenarnya sebab tiada apa lagi nak dibuat.)

Oh pada ketika ini jugalah aku ada ke tandas sebentar due to nature call dan ditahan muaz dan ajae sebabnya ajae cakap dia kenal aku. Kenal aku waktu tadika di tanah merah dulu. Peh. Agung juga orangnya ajae ni. Jae, aku ada lagi gambar tadika dulu. Kau yang mana a?

Moving on. Pada waktu itu, en yus ada cakap mula-mula sekali.


"Siapa ada kenal siapa-siapa dah dekat sini? Dah start kelaskan?"


Rebel punya fasal aku jerit,


"Abang Mohd Fauzi!"


Puncanya aku ingat nama poji? Sebab nama dia super unik bagi aku masa tu. Dan itulah first time jumpa orang sarawak. Mek memang kuno masa tu. Heh.

Aku nampak dari kejauhan (dah kata rebel. aku duduk belakangla bersama kakibakar dan muaz) poji tersipu-sipu macam biasa. Rupanya tulah nanti jadi trademark dia sampai kesudah.

Eheh.

Poji ni memang agung orangnya. Dari spend masa bersama dari 2year hingga tahun akhir, it is as if we're great buddies from our past life. Pada karma yang lalu aku panglima perang. Poji kuda yang setia penasihat yang setia.

Pergi lab lambat. Poji tunggu. Pergi kelas lambat. Poji tunggu. Pergi lab comp lambat. Poji pergi dulu chop comp sedap. Pergi makan lewat tengahari. Poji teman. Pergi meeting sukan yang boring dengan fazlida. Poji pun teman.

Aku rasa kalau boleh passing motion bersama pun kami dan kongsi mangkuk tandas tu.

Poji is a true friend that stays with his buddies till the end. Kau tak percaya? Kau tanya dia sebab apa dia boleh TERtinggal solat jumaat ada sekali tu. Ha. Sebab kawan dialah duk ralit main dota sampai terlewat ke masjid. Orang dah tahiyat akhir baru nak sampai. Ish ish. Kawan mana? Kawan dia yang bawa kelisa tu.

Apa-apa pun tak limited kepada event tu saja. Setiap kali hari ulang tahun kelahiran rakan sekelas, poji tak pernah miss organize event atau koman-koman wish birthday. Aku tau. Tiba time birthday dia haram tak ada apa. Ah tektik poji tu nak bagi marka-marka jatuh hati padanya. Ala, hero dalam drama swasta melayukan selalu macam tu.

Truth to be told. Poji is the best example of the famous yet cliche quote,


"A friend in need, is a friend indeed"


Selamat belated lahir Rekode. Jangan lupa janji kita buka puasa di mcdonald genting sempah (eh tapi perihal gaza macam mana?). Ikhlas dari kawanmu, Abu-Abu (maaf lewat. agak sibukla bang).





Expression emulating tulan man?

 
 

tajuk posting giler-giler ?

tajuk posting takde kene mengena dengan content.

sebenarnya aku berkira-kira nk wish poji hepi beday, tapi aku terlajak juak.
maaf yer poji, aku disini nak mengistiharkan hepi belated beday buat ko yg ke 24th.
dah tua kitak, nanti amek belanja biler kita jadi plan pi pulau ok, dalam projection 2 years lagi, pas aku abis kelas haha..

ok la. pada semua kengkawan, kerje elok-elok, recession kali ini memang lama dan agak teruk berbanding 1997, so berjimat cermatlah selagi boleh, kerja jujur dan ikhlas, tak de insentif pun takper asal ada kerjaya lagi. dan aku menyeru, cepat2x lah korang yg site engineer masuk jadi design engineer, sesamer wat design wei and kejar title IR tuk diri memasing.

Ok sesiapa nak wat luahan keramat dan wasiat memasing sila-silakanlah...

P/s - dah 24th ni xder siapa nak kawin dulu ker..ziaziana dulu ker atau tauke mudin dulu hehe..ntah2x lenny dulu huhu..chow

 
 

ape yangs sedang aku lakukan...?

askm...
ape khabar kekawan?.. sesaje jek aku menyibuk kan diri kat sini... arini 8/2/09 bersamaan ari AHAD... aku? kat tengah pulau!!.... ape kah makne weekend apabila kite kene keje?.. mmm... ader tak sape2 nak tumpangkan aku naik speed boat nih?... br jek blk UT test kat tgh laut.. seb baik tak mabuk laut aku naik tug boat tu and nasib baik jugak air laut tgh pasang.. so takyah aku nak jd tarzan sgt kene panjat tinggi... aarrgghhh!!!pegi jalan kat JUSCO gik seronot.... :(

 
 

The Last Season of Prison Break

Drama popular 'Prison Break' akan ditamatkan

UNIVERSAL CITY, California 14 Jan. - Syarikat penyiaran, Fox TV tidak mempunyai pilihan terpaksa menamatkan siaran drama bersiri popular di Amerika Syarikat, Prison Break, selepas drama itu disiarkan selama empat musim.

Rangkaian televisyen itu, semalam berkata, drama tersebut yang dibintangi oleh Wentworth Miller dan Dominic Purcell akan memulakan siaran episod terakhirnya pada musim bunga ini.

Siri itu diberhentikan siarannya seketika pada musim Disember dan akan ditamatkan sebaik-baik episod terakhir disambung semula dengan kira-kira setengah dozen episod ditayangkan bermula 17 April ini.

Ia merupakan keputusan yang baik untuk Prison Break dan juga peminat-peminatnya, kata Presiden Fox Entertainment, Kevin Reilly.

Drama itu mengisahkan aksi suspen dua beradik yang menjadi banduan dan 'pengembaraan' kedua-dua beradik itu untuk menyelamatkan diri selepas diburu pihak berkuasa setelah berjaya melepaskan diri dari penjara.

Episod terakhir dijangka memaparkan penceritaan yang lebih menarik, lapor rangkaian penyiaran, Fox.

Dalam siri musim keempat ia mengisahkan Micheal Scofield (Wentworth Miller) bersama abang dan rakan-rakannya berusaha membongkar komplot sebuah kumpulan The Company yang menjadi perancang pembunuhan adik kepada Naib Presiden Amerika Syarikat yang menyebabkan mereka merengkok di dalam penjara.

Drama siri popular itu pernah dicalonkan dan memenangi beberapa anugerah seperti Golden Globe Awards Ke-63 (2006) bagi Drama Televisyen Bersiri Terbaik dan Aktor Terbaik (Wentworth Miller), Saturn Awards (2005) dan People's Choice Award (2005) bagi Drama Televisyen Terbaru Pilihan.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0115&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_13.htm

 
 

Epi beday to Kawa


Serius dah tua, dah masuk 24 years old.
Heppy beday to our friend, Azrina Hamid..
Ini adalah 1st aktiviti beday kita bersama-sama sekelas, tapi x semua ada..tapi its ok..
Semoga semua berjaya dalam kerjaya dan Hidup masing-masing. AMIN

 
 

Kota Kinabalu..

Jom bulan 5 ni ambiklah cuti kejap.. kita buat reunion dekat kk pulak.. buat jauh2 apa salahnya...
aku pun dah beli tiket nih..... 8-10/5. masa tu weekend so xder masalah sgt lah nak pegi.. lupa kjap dgn kerja tuh.. kita pergi enjoy dulu.

Skrang ni, mas dgn airasia mmg tgh ada promosi... mmg murah sgt.. jd xkisahlah nak pakai apa pun.... org kat kk. jgn lupa tarikh tu.. jangan pulak nak pegi tpt lain. aku dah beli tiket nih.. hahahha... nanti aku nak mintak tolong book hotel utk aku... haidar beli trus... jgn tunggu lagi....
aku tgk tiket murah pagi tadi trus rembat.. xda pk lain2.. hahah

 
 

HAPPY BIRTHDAY to BAIM!

Hepi befday ke-24!!
Moga selalu diberkati ALLAH.

p/s: psstt!jgn beli kek buah. coz confirm ada wine..(atau aku sorg jak yg xtau?hehe)

 
 

Friendster vs Facebook vs Myspace


Apa kata Anda???

Facebook vs friendster vs myspace...
yang mana lebih bagus, elok atau senang digunakan...
aku dah ada akaun untuk tiga2 web tp skrang ni aku selalu pakai facebook... sbnrnya byk lg yg aku join cthnya, hi5, fanbox, tagged, kawanster dll tp yg plg sll org pakai 3 ni jer lah..


bagi aku facebook banyak dah application yg best2, nak tgk update gambar or apa2 benda yg lain pun senang, ada tag gambar, update commnet utk gambar dan macam2 lg yg best

untuk frenster, bagi aku ok, tp nak tgk update ssh... kalau ada org komen kat gmbr kena view satu2.. malas nak cek....

for myspace. ok tapi x ramai org yg pakai.. and myspace sesuai utk golongan music... kalau nak tahu ttg band2 kat ctu banyak...

kalau tgk kat alexa pun nampak facebook mmg tgh meletup skrang, friendster pun dah jadi makin kurang...

huhu.. sapa2 yg ada akaun facebook.. addlah aku...